Carian
Wikipedia Akhirnya Menyokong Mod Gelap
July 15, 2024 Effi Saharudin

Wikipedia sudah wujud lebih 23 tahun. Selama lebih dua dekad ia menawarkan pelbagai maklumat secara percuma dan saya akui ia banyak membantu dalam menghasilkan pelbagai artikel di Amanz. Minggu lalu Wikipedia akhirnya memberikan sokongan mod gelap kepada semua pengguna selepas ia diuji oleh sebilangan kecil pengguna di peringkat Beta.

Mod gelap boleh digunakan hanya pada versi web terlebih dahulu. Semua pengguna Wikipedia boleh menggunakan ciri ini tanpa perlu log masuk. Pada ketika ini ciri hanya diberikan pada versi web kerana terdapat beberapa isu yang timbul semasa diuji pada mod desktop.

Untuk mengakses mod gelap, pengguna perlu pergi ke menu tiga garisan dan kemudian memilih “Settings”. Di dalam menu ini mod gelap boleh diaktifkan. Pengguna diberikan pilihan mengaktifkan, mematikan atau tetapan automatik mengikut tetapan skrin peranti mudah alih.

Komen