Satu ciri menarik pada telefon mercu Samsung ialah sokongan pengecasan nirwayar berbalik Wireless PowerShare. Ini disokong pada peranti seperti Z Fold6 dan S24 Ultra. Tetapi jika anda membeli Galaxy Watch Ultra dan Watch7, Wireless PowerShare tidak boleh digunakan untuk mengecas semula bateri.

Menurut laman FAQ Samsung, perubahan pada sensor BioActive baharu yang digunakan pada ketiga-tiga jam memerlukan rekaan panel bawah yang berbeza. Akibatnya sensor pengecasan nirwayar baharu tidak serasi dengan yang digunakan untuk Wireless PowerShare. Sungguhpun begitu pengecas yang digunakan pada model terdahulu masih boleh dipakai.
Satu keputusan yang mengecewakan bagi mereka yang kerap menggunakan telefon pintar untuk mengecas jam tangan Samsung tetapi ini adalah keputusan yang perlu diambil bagi memastikan penjejakan kesihatan yang lebih baik boleh dilakukan.