Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 yang menggunakan cip grafik “Blackwell” dijangka akan dilancarkan pada suku terakhir tahun ini, bermula dengan model kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 dan juga GeForce RTX 5080. Butiran khusus mengenai siri kad grafik ini belum diketahui lagi, tetapi Seasonic, sebuah jenama pembuat bekalan kuasa untuk komputer baru-baru ini nampaknya memperlihatkan jumlah penggunaan kuasa kad-kad grafik ini.
Tom’s Hardware telah membuat pengiraan manual dengan kemaskini baru ini, dan secara ringkasnya, ia memperlihatkan peningkatan penggunaan kuasa dari semua model kad-kad grafik yang akan diperkenalkan, dari NVIDIA GeForce RTX 5090 sehinggalah ke NVIDIA GeForce RTX 5050.

Apa yang menarik mengenai pengiraan ini juga ialah dimana kebanyakan kad-kad grafik ini memperlihatkan peningkatan TDP dari 20W ke 50W, kad grafik yang memperlihatkan peningkatan terbanyak ialah NVIDIA GeForce RTX 5060 yang memperlihatkan peningkatan TDP sebanyak 55W apabila dibandingkan dengan NVIDIA GeForce RTX 4060.
Ini bukanlah sesuatu yang tertiris kerana sewaktu artikel ini ditulis, kalkulator penggunaan tenaga elektrik Seasonic masih lagi menyenaraikan kad-kad grafik ini sebagai salah satu daripada penawaran yang diperlihatkan.