Pernah atau tidak anda keliru dan tidak menemui fail yang baru sahaja dimuat turun atau dikongsi dalam komputer Windows? Ia kerap berlaku kepada saya tetapi ini akan berubah dalam kemas kini Windows 11 akan datang kerana ruang khas untuk fail dikongsi akan disediakan di File Explorer.

Biasanya setiap fail dikongsi yang diterima akan disimpan dalam folder khas atau folder tersendiri seperti Dokumen, Muzik, Muat Turun, Gambar dan lain-lain. Ruang baharu ini dilihat besar kemungkinan adalah untuk fail yang dikongsi melalui sistem perkongsian fail Windows 11 iaitu Nearby Share dan juga OneDrive. Bahagian ini akan muncul di ruangan utama File Explorer selepas tab Recents dan Favorites.
Ciri ini mewajibkan pengguna log masuk akaun Microsoft ke peranti Windows. Selain itu dalam kemas kini sama, Microsoft turut akan meringkaskan lagi Taskbar. Ciri Windows Studio Effects untuk komputer AI turut diperkenalkan, Nearby Share Windows kini mudah melakukan perkongsian fail antara peranti Android, dan File Explorer turut akan menerima sedikit penambahbaikan.