Carian
Samsung Hadir Dengan Galaxy Z Flip6 Edisi Terhad Bertemakan Doraemon
July 15, 2024 Aman

Doraemon merupakan salah satu watak yang tidak asing bagi ramai pengguna seluruh dunia. Terbaru, bagi para peminat siri Doraemon, pihak Samsung turut hadir dengan telefon pintar edisi terhad bertemakan Doraemon.

Telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip6 Doraemon Special Edition ini ditawarkan secara terhad di Hong Kong, dimana hanya 800 buah unit sahaja yang ditawarkan. Melaluinya, ia hadir dengan bekas yang direkabentuk khusus, selain kerangka khusus bertemakan Doraemon, sejumlah perisian yang hadir terbina bertemakan Doraemon – termasuk animasi dan gambar latar, selain beberapa penawaran aksesori khusus.

Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Samsung akan memperluaskan penawaran telefon edisi terhad ini untuk pasaran luar. Bagi anda sendiri, adakah anda akan mendapatkannya sekiranya ia ditawarkan di Malaysia?

Komen