Samsung Galaxy Tab S10 Dijangka Diperkenalkan Sekitar Oktober
Aman
Samsung telah pun memperkenalkan siri Galaxy S24 dan Galaxy Z Fold6 serta Galaxy Z Flip6 untuk tahun ini. Selesai pengenalan siri telefon pintar, kini hadir desas-desus Samsung dalam persediaan untuk memperkenalkan tablet terbaru mereka tidak lama lagi. Mengikut desas-desus terbaru, Samsung dijangka diperkenalkan Galaxy Tab S10 akan diperkenalkan sekitar Oktober 2024.

Siri tablet terbaru ini dijangka meneruskan penawaran tablet premium oleh Samsung, dilengkapi dengan sokongan papan kekunci dan juga input berasaskan pena. Beberapa variasi turut dijangka diperkenalkan dibawah siri tablet ini, dan berkemungkinan dijana dengan pilihan cip Snapdragon 8 Gen 3.
Dengan desas-desus awal ini, sama-sama kita nantikan bulan Oktober ini untuk pengenalan tablet baharu ini. Sebelum ini, ia turut diperkatakan Samsung akan memperkenalkan set platform XR untuk pembangun, sekitar Oktober 2024 kelak. Mungkinkah kita akan melihat kedua-duanya pada acara sama?