Carian
Apple HomePod Mini Kini Ditawarkan Dalam Pilihan Warna Hitam Pada Harga RM529
July 15, 2024 Aman

Apple hari ini mengumumkan pengenalan HomePod Mini dalam pilihan warna hitam, atau dinamakan oleh Apple sebagai warna “Midnight”. HomePod Mini baharu ini dibangunkan menggunakan fabrik kitar semula 100%, dan mengekalkan rekaan dan penawaran seperti HomePod Mini yang sedia ada.

HomePod Mini hadir dengan saiz setinggi 3.3-inci, membolehkan pengguna mendengar jutaan lagu daripada Apple Music, selain turut menggunakan ia sebagai speaker ketika menikmati kandungan dan sebagainya. Ia turut boleh dipadankan bersama Apple TV 4K, atau turut digunakan untuk bertanyakan soalan kepada Siri.

HomePod Mini berwarna hitam ini sudah boleh dipra-tempah melalui laman Apple Malaysia, dan boleh didapati pengguna bermula minggu ini pada harga RM529.

Komen