Pengeluaran Telefon Pintar Meningkat Pada Q2 2024 Dengan Samsung Di Tangga Teratas
Effi Saharudin
IDC mengeluarkan laporan pengeluaran telefon untuk Q2 2024 dan trend menunjukkan pasaran semakin pulih keran mencatatkan peningkatan 6.5% suku sama tahun lalu. Samsung berada di tangga teratas dengan pegangan 18.9% diikuti oleh Apple (15.8%), Xiaomi (14.8%), Vivo (9.1%) dan Oppo (9%).

Kesemua lima pengeluar telefon pintar terbesar dunia mencatatkan peningkatan positif. Xiaomi mencatatkan peningkatan tertinggi 27.4% berbanding suku sama tahun lalu. Menurut IDC lagi, pasaran sedang menjalani fasa premium dimana jualan peranti mercu meningkat khususnya untuk Apple dan Samsung. Untuk pengeluar dari China pula, peranti mampu milik mencatatkan peningkatan jualan sehingga memberikan impak kepada pasaran telefon kelas pertengahan.
Tambah IDC lagi, telefon pintar dengan kemampuan AI kin menyumbang kepada 19% jualan pada suku lalu. Ini dijangka akan semakin meningkat kerana hampir kesemua peranti yang baharu diumumkan tahun ini dipasarkan dengan ciri AI.
[sumber] IDC [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.