Carian
Google Photos Kelak Boleh Menyunting Kelajuan Main Balik Video
July 16, 2024 Fahim Zahar

Sejak ke belakangan ini setiap pengeluar peranti mula mengemaskini aplikasi album masing-masing untuk mempunyai ciri pintar seakan Google Photos. Apple juga melakukan perkara sama dengan kemas kini iOS 18. Terbaru, Google Photos dilihat sekali lagi bakal membawakan sokongan suntingan video yang semakin baik.

Benar, Google Photos adalah aplikasi sandaran gambar dan video terbaik sekarang. Ciri suntingan gambar juga banyak yang menarik sehingga ada yang menggunakan teknologi AI. Sayang sekali, Google Photos masih tidak bagus dalam menyunting video. Kelak, akhirnya pengguna boleh menyunting kelajuan main balik sama ada ingin meningkatkan kelajuan atau memperlahankannya untuk kesan gerak perlahan.

Google dilihat akan memberi pengguna tetapan 1/4x, 1/2x, 1x, 2x dan 4x. Ciri ini masih di peringkat pembangunan lagi bersama-sama dengan ciri meningkatkan kualiti video dengan dua klik. Sama-sama kita nantikan kemunculan ciri ini dalam kemas kini aplikasi Google Photos tidak lama lagi.

Komen