Cari @ Amanz

Penyelidik Membangunkan Robot Yang Boleh Memotong Dan Menyambungkan Anggota Secara Kendiri

Oleh Nazrin

Link Copied!

Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, selain daripada teknologi AI, teknologi robotik merupakan salah satu daripada teknologi yang memperlihatkan peningkatan yang sangat pesat sekali.

Terkini, sekumpulan penyelidik robotik dari makmal penyelidikan Faboratory di Universiti Yale telah berjaya membangunkan sekumpulan robot yang hadir dengan ciri-ciri unik, iaitu memotong anggota badan dan menyambungkan diri mereka bersama-sama robot lain.

Kebolehan untuk memotong anggota badan sendiri bukanlah sesuatu yang baru. Sebagai contoh, Cicak dan biawak boleh memotong dan mengerat anggota badan sendiri untuk melarikan diri dari ancaman terhadap diri mereka, dan konsep ini yang diketengahkan oleh penyelidik Yale.

Mereka telah membangunkan sejenis robot “lembut” berkaki empat yang boleh melenturkan badan mereka untuk bergerak, dan sebagai satu contoh yang diberikan, apabila robot ini sedar bahawa anggota badan mereka tersangkut, mereka boleh memanaskan sendi-sendi untuk “mengerat” salah satu kaki mereka untuk kembali bergerak.

Kaki-kaki ini boleh disambungkan semula kemudiannya untuk memudahkan proses pembaikan robot tersebut.

Dalam pada itu, robot-robot ini juga boleh bercantum dengan robot-robot yang lain untuk menjadi robot yang lebih besar, tetapi apa yang anehnya ialah contoh yang diperlihatkan melalui satu video melihat robot-robot ini menjadi seakan-akan Human Centipede yang mencantumkan bahagian kepala dan belakang dua robot. Cantuman ini dilihat membolehkan robot-robot ini bergerak melepasi jurang diantara dua lokasi, dan mungkin akan mempunyai kegunaannya dalam cara-cara tertentu.


Komen ()