Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini memperkenalkan penawaran pakej baharu dinamakan Pakej Rahmah Prabayar Siswa. Melaluinya, syarikat telekomunikasi perlu menawarkan pelan telekomunikasi prabayar berharga tidak melebihi RM30 dengan minimum data sebanyak 30GB bagi tempoh sah laku selama 180 hari.
Pakej ini disasarkan khusus untuk para pelajar yang melanjutkan pengajian di IPTA dan juga Institusi Latihan Kemahiran Awam terpilih. Maklumat lanjut berkaitan penawaran ini dijangka akan dikongsikan syarikat telekomunikasi tidak lama lagi.
Pakej Rahmah Prabayar Siswa ini dijangka boleh dilanggan bermula 16 Ogos 2024 kelak, melalui syarikat telekomunikasi CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Unifi, dan juga YTL Yes 4G.