Samsung Menggunakan Dron Untuk Penghantaran Galaxy Z Fold6 Dan Z Flip6 Di Korea Selatan
Aman
Samsung di Korea Selatan kini menggunakan satu lagi kaedah baharu dalam memastikan para pengguna menerima peranti mereka dengan pantas selepas pemberian – iaitu melalui penggunaan dron. Samsung melaksanakan penghantaran Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6 menggunakan dron di Korea Selatan, terhad di beberapa lokasi – terutamanya dimana operasi penghantaran menghadapi cabaran.

Samsung akan melaksanakan penghantaran ini bermula 19 Julai 2024 ini, menyasarkan proses penghantaran di beberapa kawasan kepulauan yang mengambil sehingga 7 hari, diturunkan masa penghantarannya kepada dalam sehari sahaja.
Untuk fasa awal ini, Samsung dijangka memfokuskan siri Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 yang baharu sahaja, sebelum turut memperluaskan ia meliputi produk lain pada masa akan datang.