Carian
Maxis Dilaporkan Pertimbang Untuk Membeli U Mobile
July 16, 2024 Aman

Maxis, salah satu syarikat telekomunikasi terkemuka di Malaysia, kini dilaporkan pertimbangkan untuk membeli satu lagi syarikat telekomunikasi, iaitu U Mobile. Menurut Bloomberg, perbincangan adalah pada peringkat awal buat masa ini, dan terdapat kemungkinan tiada sebarang transaksi yang akan berlaku.

Ia dikatakan salah satu kekangan yang mungkin hadir adalah dari segi harga jualan, dimana U Mobile melihat pada nilai syarikat melangkaui RM10 bilion. Disamping itu, U Mobile juga dikatakan sedang dalam proses untuk melakukan penyenaraian syarikat di bursa dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Celcom dan Digi telah menyatukan operasi syarikat mereka, sekaligus membentuk syarikat telekomunikasi gergasi di Malaysia. Dengan pengambil-alihan U Mobile, ia akan memberikan Maxis tambahan pelanggan dibawah rangkaian berkenaan, selain membolehkan ia terus memperluaskan pasaran.

Buat masa ini, pihak Maxis tidak mengeluarkan sebarang komen, sementara pihak U Mobile dilaporkan akan menolak tawaran berkenaan.

Komen