Carian
Xiaomi MIX Fold 4 Akan Dilancarkan Pada 19 Julai Ini
July 17, 2024 Fahim Zahar

CEO Xiaomi iaitu Lei Jun telah mengacah di X yang MIX Fold 4 akan dilancarkan pada 19 Julai ini. Pada tarikh yang sama Xiaomi juga akan melancarkan Xiaomi Smart Band 4 dan mungkin Xiaomi Flip iaitu telefon katup pertama mereka.

Xiaomi MIX Fold 4 dikatakan akan bersaing dengan Samsung Galaxy Z Fold6. Ia akan menyertakan sistem kuad-kamera Leica dengan dua sensor telefoto, rekaan nipis dan ringan iaitu 9.47mm dan 226 gram. Walaupun begitu, ia masih tidak dapat menandingi Honor Magic V3 dengan 9.3mm/230g. MIX Fold 4 turut akan menyertakan sokongan pengecasan nirwayar pantas 50W dan perlindungan IPX8. Telefon lipat generasi baharu Xiaomi ini turut akan membawakan sokongan komunikasi satelit dua-arah.

Untuk Xiaomi MIX Flip tiada imej rasmi dikongsi tetapi imej sebenar ada didedahkan oleh MySmartPrice. Ia memperlihatkan rekaan standard untuk telefon katup. Skrin luar dilihat agak besar mungkin bersaing dengan Galaxy Z Flip6 dan turut kelihatan adalah konfigurasi dwi-kamera seakan Oppo Find N3 Flip. Bateri peranti dikatakan sekitar 4500mAh dengan pengecasan pantas 67W. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut 19 Julai tidak lama lagi.

Komen