Bukan sekadar telefon OnePlus Nord 4, tablet OnePlus Pad 2 juga dilancarkan secara rasmi semalam dengan spesifikasi kelas mercu. Tablet dengan skrin 12.1″ IPS LCD ini menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz. Ini dipadankan pula kepada pemproses Snapdragon 8 Gen 3, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 256GB dan bateri 9510 mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.

Kamera utama di belakang terdiri daripada lensa sudut lebar 13MP dan kamera swafoto pula sebesar 8MP. Tablet sekadar menyokong WiFi tanpa sebarang sokongan selular. Skrin pula menyokong stylus OnePlus Stylo 2 dan terdapat juga aksesori papan kekunci fizikal sekiranya diperlukan oleh pembeli.

Sistem operasi yang digunakan adalah OxygenOS 14 berasaskan Android 14. Sekiranya anda memang menggunakan ekosistem OnePlus, sokongan pemindahan fail ke OnePlus Pad 2 akan menjadi lebih mudah. Ciri AI yang disertakan pula adalah seperti AI Write, AI Cutout, AI Speaker dan AI Summary. Sementara itu sistem audio yang digunakan pula hadir dengan empat pemandu audio bagi memberikan pengalaman audio yang lebih imersif.
Tablet OnePlus Pad 2 dijual pada harga £449 (~RM2714) untuk model 12/256GB