Microsoft Kini Memaksa Pengguna Windows 11 Untuk Menggantikan Mail Dan Calendar Dengan Outlook Baru
Nazrin
Jika anda menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 11 pada komputer anda, anda pastinya sedar bahawa syarikat teknologi tersebut sudahpun mula “memaksa” pengguna untuk menggunakan aplikasi Outlook baru, menggantikan aplikasi Mail dan Calendar pada sistem operasi tersebut.
Buat masa ini, Mail dan Calendar masih boleh digunakan pada sistem operasi tersebut, tetapi kini, sistem operasi tersebut nampaknya akan mula memaksa anda untuk menggantikan penggunaan kedua-dua aplikasi ini dengan Outlook (new) tersebut.

Secara ringkasnya, sekiranya anda menggunakan sistem operasi Windows 11 yang dikemaskini sekarang, apabila anda membuka aplikasi Mail ataupun Calendar, aplikasi tersebut akan dibuka, tetapi pada masa yang sama, perisian Outlook juga akan dibuka, dan ia akan membuka Outlook (new) secara paksaan diatas perisian lama tersebut.
Buat masa ini, pilihan untuk menggunakan Mail dan Calendar boleh ditukar melalui Settings > General > About Outlook, tetapi kini nampaknya pilihan tersebut akan dilupakan setiap kali anda perlu membuka aplikasi Mail ataupun Calendar.
Kedua-dua perisian ini dijangka akan dibuang terus oleh pihak Microsoft dalam kemaskini penghujung tahun ini, dan ini dilihat sebagai satu cara untuk mereka memaksa pengguna membiasakan diri dengan aplikasi baru.
[sumber]WindowsLatest[/sumber]