Disney+ Sedang Membangunkan Algoritma Cadangan Kandungan Seakan Netflix
Fahim Zahar
Apa yang membuatkan platform penstriman video Netflix sangat popular dan ketagih adalah, ia bijak dalam mencadangkan kandungan menarik sama ada yang baru, yang lama, yang berkaitan atau yang sama untuk ulang tonton. Algoritma pada Netflix sangat hebat dalam memperibadikan kandungan di laman utama aplikasi. Akan datang, Disney+ turut akan menawarkan ciri yang sama.

The Wall Street Journal melaporkan, sebagai strategi ingin menarik orang ramai melanggan Disney+ mereka kini sedang membangunkan algoritma cadangan kandungan mirip Netflix. Algoritma ini kelak bukan sahaja akan mencadangkan kandungan tetapi turut akan memberi peringatan untuk habiskan menonton drama bersiri. Kandungan dalam Disney+ turut akan menggunakan imej kenit berbeza agar pengguna berbeza dapat tetarik dengan promosi terkini.

Disney turut bercadang ingin menambah satu bahagian saluran siaran langsung di mana siri TV atau filem terpilih disiarkan tanpa henti dengan iklan. Ciri ini adalah untuk pelanggan yang tidak mempunyai banyak masa untuk menerokai keseluruhan platform. Ciri baharu ini dijangka akan tiba ke pengguna dalam masa enam bulan. Namun begitu, laporan ini lebih kepada Disney+ bukannya Disney+ Hotstar yang menggunakan sistem berbeza sepenuhnya.
[sumber] WSJ [/sumber]