3 Sebab Kenapa Samsung Galaxy Z Flip6 Fon Katup Wajib Beli
Fahim Zahar
Setiap kali peranti baharu Samsung dilancarkan pasti akan menjadi topik perbualan orang ramai, tidak kira golongan meminati teknologi atau oleh semua. Lagi-lagi selepas Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 diperkenalkan, ramai akan tertanya adakah sudah sampai masa untuk membeli sebuah telefon dengan skrin boleh lipat? Atau adakah patut menaiktaraf telefon lipat lama ke yang baharu?

Dalam artikel ini akan saya kongsi 3 sebab kenapa Samsung Galaxy Z Flip6 adalah telefon lipat atau telefon katup yang wajib anda beli. Lebih-lebih lagi jika anda adalah pencipta kandungan yang baru ingin aktif dalam industri.
SEBAB 1 – Balas Mesej Secara Bijak Dengan Smart Reply

Dalam industri media ini, setiap pencipta kandungan atau penulis seperti saya tidak berhenti menerima pelbagai mesej daripada pelbagai wakil jenama. Sama ada untuk berbincang mengenai produk untuk ulasan, bertanya pendapat mengenai kolaborasi, jemputan ke acara dan banyak lagi. Setiap mesej ini kadangkala tidak terbalas sehingga terlepas peluang keemasan tetapi dengan Samsung Galaxy Z Flip6 dan FlexWindow boleh menyelamatkan anda.

Apabila peranti ditutup dan anda menerima banyak mesej, Galaxy AI boleh menjana 3 cadangan teks berdasarkan 10 teks perbualan sebelum. Untuk membalas setiap mesej ini anda tidak perlu menaip sepatah perkataan pun, hanya tekan Suggest replies dan pilih teks bersesuaian. Antaramuka pemesejan juga ringkas dan kemas memfokuskan kepada teks terkini sahaja. Selepas ini anda pasti tidak terlepas menerima mesej Samsung untuk mengulas Galaxy Z Flip6 mengenai ciri baharu ini.

SEBAB 2 – Suntingan Foto Hanya Beberapa Klik Dengan Photo Assist
Generative Edit
Okay seterusnya adalah ciri suntingan ajaib yang boleh mencantikkan lagi gambar anda ambil dengan Galaxy Z Fold6 atau Galaxy Z Flip6. Ciri ini sangat berguna untuk pencipta kandungan kerana tidak perlu belajar Photoshop, Capcut atau menggunakan aplikasi suntingan ketiga pun boleh kerana ciri ini terbina dalam aplikasi galeri peranti Galaxy Z Flip6.

Hanya beberapa klik, anda boleh ubah sudut pandangan gambar atau ubah susunan objek di latar. Malah jika tidak mahu, objek ini boleh dibuang atau digantikan dengan objek lain. Anda turut boleh menceriakan lagi gambar dengan menambah objek lain dengan Galaxy AI.

Samsung ingin membawakan konsep shoot first & fix later. Ini bermakna ketika anda sedang bersantai dan bergambar di destinasi menarik, kemudian terima pula panggilan daripada klien mengenai kolaborasi baharu anda perlu bergegas pulang. Tiba di rumah, anda sedari gambar yang diambil tadi ada orang photobomb – Photo Assist inilah yang akan menyelamatkan anda daripada dimarahi kekasih yang cerewet ketika bergambar.
Portrait Studio
Apabila sudah menjadi pencipta kandungan yang popular, orang ramai pasti ingin mudah kenali anda. Daripada terlupa tukar gambar profil media sosial kerana masih menggunakan gambar ketika acara pengijazahan kolej, Portrait Studio boleh menjana gambar profil pelbagai tema yang agak konsisten. Anda boleh gunakan tema komik, kartun 3D, cat air atau lakaran.

Anda boleh gunakan imej janaan yang paling dekat dengan diri sendiri untuk orang ramai cam anda dengan hanya satu gambar konsisten. Tidak kira platform Facebook, Instagram atau lain-lain orang bukan sahaja akan mudah kenali anda tetapi turut akan tahu anda adalah pengguna peranti Samsung baharu dengan ciri Galaxy AI yang unik.

Instant Slow-mo

Menjadi pencipta kandungan adalah tanggungjawab yang sukar kerana perlu kerap mencari idea baharu untuk menarik orang ramai kekal setia dengan platform media sosial masing-masing. Salah satu yang Galaxy Z Flip6 tawarkan adalah rakaman video gerak perlahan Instant Slow-mo yang dikuasakan AI. Ia sangat mudah kerana pada Samsung Galaxy Z Flip6 anda hanya perlu tahan dan tekan pada skrin.
Dengan Galaxy Z Flip6 anda tidak memerlukan peralatan mewah atau tetapan videografi rumit untuk video seperti ini. Setiap kali selepas anda merakam video biasa, pada imej kenit dalam galeri terus tekan dan tahan untuk perlahankan bahagian tertentu dalam video dan ikon muat turun akan muncul untuk anda simpan atau terus kongsi dengan mudah. Dengan ciri ini anda boleh muat naik video gerak perlahan aneh yang tidak difikir oleh orang lain. Mana tahu anda boleh jadi The Slow Mo Guys versi Malaysia pula?
Sketch to Image
Apa lagi seorang pencipta kandungan boleh lakukan jika ingin naik taraf kepada Samsung Galaxy Z Flip6? Sudah semestinya Sketch to Image yang boleh mengubah lakaran anda kepada imej yang lebih cantik atau hampir realistik. Bayangkan anda sedang mesyuarat bersama klien untuk projek kolaborasi baharu untuk barangan istimewa anda yang ingin dijual kepada pengikut. Mungkin anda ingin hasilkan sebuah figura, rantai kunci atau objek 3D kecil yang ikonik. Ciri ini akan memudahkan anda.

Anda lakarkan sesuatu dengan ringkas, lebih baik jika ia lebih tepat dengan imaginasi anda. Galaxy AI cukup bijak memahami konteks lakaran anda untuk ia menjana versi cat air, ilustrasi, lakaran, seni pop atau kartun 3D. Ia juga boleh membantu pencipta kandungan menghasilkan logo tersendiri yang unik. Seperti Portrait Studio, setiap imej yang dijana turut boleh disimpan dan dikongsi.

SEBAB 3 – Interpreter
Satu lagi ciri menarik yang pasti pencipta kandungan akan gemari dan mencintai terus telefon katup baharu Samsung ini. Dalam industri ini, wakil jenama turut kerap membawa wakil media dan pencipta kandungan ke acara luar negara. Jadi dengan Intepreter pada Galaxy Z Flip6 bersama-sama dengan FlexWindow, anda boleh menggunakan penterjemahan secara masa nyata untuk perbualan yang lebih lancar dan tidak kekok.
Buka terus aplikasi Intepreter. Selepas tetapkan dua bahasa berbeza apa-apa perbualan anda lakukan setiap terjemahan ke bahasa asing akan dipaparkan secara masa nyata pada FlexWindow berserta audio. Tidak lagi perlu risau beri telefon anda kepada orang asing untuk mereka taip jawapan dalam aplikasi terjemahan.

Tidak cukup dengan itu? Jika anda ingin mengasah skil belajar bahasa asing dengan menonton drama bersiri, misalnya K-Drama – anda boleh tonton tanpa sari kata kerana Intepreter ini cukup pantas dalam menangkap perbualan dalam skrin untuk diterjemahkan ke bahasa yang anda faham. Cool kan?

Tawaran Pra-Tempah, ganjaran mencapai RM2,329
- Percuma 1 tahun Samsung Care+ bernilai RM829 untuk perlindungan daripada air dan kerosakan.
- Baucar RM500 untuk pembelian aksesori Galaxy, Galaxy Watch dan Galaxy Buds.
- Tebus e-baucar RM500 untuk pengguna berdaftar.
- Tambahan RM500 jika tukar-beli dengan peranti lama.
- Beli lebih banyak untuk potongan sehingga 25% pada Galaxy Watch dan Galaxy Buds.
- Promosi belian dengan belian (PWP) potongan 20% untuk Galaxy Watch Ultra.

[download] Beli Samsung Galaxy Z Flip6 Di Sini [/download]
*Penafian, ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.