MediaTek Dimensity 7350 Dilancarkan – Binaan 4nm Dan Kamera 200MP
Amy Maizuraa
Mediatek telah melancarkan cip kelas pertengahan baharu melalui Dimensity 7350. Ia dihasilkan dengan binaan berasaskan 4nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Arm Cortex-A715 pada kelajuan 3GHz dan enam teras Arm Cortex-A510 yang tidak pula didedahkan konfigurasinya.
Ini dipadankan pula dengan GPU Arm Mali-G610 MC4 yang turut memanfaatkan teknologi HyperEngine terkini yang bukan sahaja mampu meningkatkan prestasi dalam permainan. Malahan mampu memanjangkan hayat bateri dan menawarkan rangkaian 5G/Wifi/selular lebih baik.

MediaTek NPU 657 juga disokong bagi membolehkan ia menjalankan pelbagai model kecerdasan buatan (AI) terkini. Dalam masa sama menyokong resolusi paparan FHD+ pada kadar segar semula 144Hz bersama pelbagai piawaian teknologi paparan lain seperti HDR10+, CUVA HDR, dan Dolby Vision untuk kualiti imej lebih baik.
Menerusi ISP MediaTek Imagiq 765 pula, cip boleh menyokong kamera sehingga 200MP dan merakam video maksimum 4K/30FPS. Memori pula adalah berasaskan LPDDR5x dan storan UFS 3.1. Rangkaian 5G turut boleh dinikmati menerusi modem 3GPP Release-16 5G dengan kelajuan muat turun sehingga 4.7Gbps. Di samping menawarkan sambungan WiFi 6E dan bluetooth 5.3 sebagai pelengkap.
[sumber] Mediatek [/sumber]