Carian
Google Gemini Kini Boleh Menjawab Soalan Ketika Skrin Peranti Dikunci
July 18, 2024 Fahim Zahar

Sudah berbulan chatbot AI generatif Google Gemini tiba ke peranti Android. Malah, ia turut mencadangkan pengguna untuk menggantikan Google Assistant kepada Gemini. Terbaru selepas Gemini dikemaskini dengan sokongan arahan suara asas Google Assistant, ia kini boleh menjawab beberapa soalan ketika skrin peranti masih dikunci. Ini memberi kebebasan pengguna mendapatkan informasi ringkas dengan pantas.

Gemini pada peranti Android boleh diakses sepertimana Google Assistant diakses, sama ada melalui gestur dari bawah skrin ke atas atau tekan dan tahan butang kuasa untuk beberapa saat. Kini pada peranti Android, ketika skrin dikunci pengguna boleh seru Gemini dengan tekan dan tahan butang kuasa atau dengan kata kunci “Hey, Google”. Ia akan menjawab beberapa soalan ringkas seperti cuaca, tarikh, atau carian informasi tidak sensitif. Tekan sahaja ruang teks untuk taip, peranti akan meminta pengguna menyahkunci terlebih dahulu.

Adakah anda akan memanfaatkan ciri ini atau anda masih tidak berpuas hati dengan Google yang seakan memaksa orang ramai tukar Assistant ke Gemini?

Komen