Cari @ Amanz

HarmonyOS Next Dijangka Akan Tiba Untuk PC Tidak Lama Lagi

Oleh Nazrin

Link Copied!

Sistem operasi HarmonyOS yang dibangunkan oleh Huawei cukup dikenali sebagai sistem operasi berasaskan Android Open Source Project kerana sekatan teknologi yang dikenakan keatas syarikat-syarikat teknologi China yang bermakna bahawa Huawei tidak lagi dibenarkan menggunakan sistem operasi Android asal pada peranti-peranti pintar mereka.

Beberapa tahun selepas pengenalan sistem operasi tersebut, Huawei nampaknya sudah mula mengorak langkah untuk memperkenalkan sistem operasi mereka sendiri untuk industri komputer pula. Ia dinamakan HarmonyOS Next, dan menurut pengguna X/Twitter @jasonwill01 yang memperlihatkan beberapa imej pemasaran yang memperlihatkan antaramuka HarmonyOS Next pada paparan PC.

HarmonyOS Next pada mulanya dibangunkan sebagai sebuah platform untuk para pembangun aplikasi menguji perisian mereka pada sebuah komputer sebelum ia digunakan pada peranti-peranti HarmonyOS. Terkini, HarmonyOS Next dilihat akan dibangunkan pula untuk produk kelas PC, yang mana ia dijangka akan menguasakan komputer-komputer keluaran Huawei tidak lama lagi.

Apa yang menarik lagi mengenai sistem operasi ini ialah berbeza dengan HarmonyOS, ia tidak menggunakan sistem AOSP dan aplikasi .apk tidak boleh dipasang. Setakat ini, tidak banyak butiran yang diketahui mengenai HarmonyOS Next, cuma ia sangat menyerupai antaramuka HarmonyOS untuk peranti pintar dan tablet.

Ia juga dijangka bahawa Huawei akan memperlihatkan butiran lanjut mengenainya sekitar penghujung tahun ini, mungkin apabila mereka juga akan memperkenalkan peranti-peranti baru mereka.


Komen ()