Samsung Galazy Z Fold6 Ultra Mungkin Terhad Di China Dan Korea Selatan Sahaja
Fahim Zahar
Nampaknya Samsung masih belum habis memperkenalkan telefon lipat mereka selepas melancarkan Galaxy Z Fold6 dan Galaxy Z Flip6. Khabar angin Galaxy Z Fold6 Ultra masih kedengaran dan kini dikatakan mungkin hanya akan dilancarkan dua negara dan tidak akan dijual secara meluas.

Dua negara ini berkemungkinan adalah China dan Korea Selatan. Peranti ini dikatakan akan menjadi Galaxy W25 di China, sementara nama untuk pasaran Korea Selatan masih belum ditentukan. Galaxy Z Fold6 Ultra ini dikatakan akan hadir dengan binaan Titanium, tiada sokongan S-Pen, bateri lebih besar, kamera lebih baik, tubuh lebih nipis dan skrin juga lebih besar.
Samsung dikhabarkan mungkin akan mengumumkan Galaxy Z Fold6 bersama-sama dengan peranti XR mereka menjelang bulan Oktober akan datang. Ia turut mungkin akan dilancarkan sekali dengan Galaxy Tab S10. Sama-Sama kita nantikan maklumat lanjut mengenainya.
[sumber] SamMobile [/sumber]