Cari @ Amanz

Netflix Tidak Akan Menawarkan Berkas Langganan Dengan Platform Pesaing

Link Copied!

Awal pagi tadi, Netflix telah mengeluarkan laporan kewangan mereka dan beberapa butiran dikongsi kelihatan cukup menarik sehingga saya sendiri tidak sabar untuk melihat apakah perancangan Netflix yang seterusnya. Dalam laporan ini Netflix menjelaskan yang mereka tidak akan menawarkan berkas langganan bersama platform penstriman pesaing.

Penawaran berkas langganan platform penstriman sudah menjadi popular di luar negara kerana ia menjimatkan pengguna berbanding melanggan satu demi satu. Di Malaysia Unifi dan Astro antara yang menawarkan berkas langganan ini. Menurut Netflix, menawarkan berkas langganan platform pesaing tidak memberi mereka sebarang manfaat kerana Netflix sendiri adalah hab setempat pelbagai kandungan dengan pengalaman penggunaan terbaik dalam industri.

Pada masa yang sama laporan kewangan Netflix turut mendedahkan yang ramai pelanggan Netflix meminati pelan iklan kerana ia lebih murah sehingga 45% pelanggan baharu melanggan pelan iklan ini. Di Malaysia pelan dengan iklan masih tidak ditawarkan tetapi jika anda ingin berjimat langganan bersama Astro dan Unifi mungkin boleh membantu.


Komen ()