Carian
Samsung Galaxy Watch FE Berharga RM799 Di Malaysia
July 19, 2024 Aman

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan pengenalan Galaxy Watch FE, iaitu jam tangan pintar mereka dengan sejumlah ciri pintar pada harga lebih rendah berbanding model-model Galaxy Watch yang lain. Di Malaysia, jam tangan pintar ini ditawarkan pada harga RM799.

Galaxy Watch FE hadir dengan skrin bulan bersaiz 1.2-inci Super AMOLED, menawarkan memori 1.5GB RAM, storan 16GB< serta bateri 247mAh. Ia dikuasakan sistem operasi WearOS serta antaramuka OneUIS 5 Watch.  Ia hadir dengan pilihan saiz 40mm sahaja.

Untuk menggunakannya, pengguna memerlukan peranti Android 11 dan yang terkini. Menggunakan Galaxy Watch FE, anda boleh memantau aktiviti kecergasan harian anda, memantau corak hidup, dan sebagainya – seterusnya melihat pelbagai data berkaitan melalui Samsung Health. Pengguna juga turut boleh memantau dan memahami kadar denyutan nadi, kesihatan jantung, tekanan darah, dan juga sokongan ECG.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Galaxy Watch FE ini pada harga RM799 di Malaysia.

Komen