Huawei Memfailkan Saman Ke Atas MediaTek Kerana Pelanggaran Paten
Aman
Huawei kini memfailkan saman ke atas MediaTek, menyatakan pengeluar cip mudah-alih berkenaan melanggar beberapa paten milik Huawei. Huawei memfailkan saman ini di China.
Seperti ramai sedia maklum, cip keluaran MediaTek digunakan meluas oleh pelbagai syarikat, termasuk Samsung, Xiaomi, Oppo dan sebagainya. Sebelum ini, MediaTek juga turut menyediakan cip pemprosesan mereka kepada Huawei, sebelum halangan dagangan oleh pihak Amerika Syarikat terhadap pengeluar China berkenaan.
Ia dikatakan Huawei sedang melihat kepada dalam mempelbagaikan lagi pendapatan, dan saman difailkan dalam usaha untuk mendapatkan royalti untuk pelaburan mereka dalam penyelidikkan dan pembangunan. Ini juga secara tidak langsung memperlihatkan kebolehan dan kepakaran Huawei dalam arena teknologi.
Pihak MediaTek mengesahkan berkenaan kes saman ini, dan menyatakan ia tidak mempunyai impak yang besar terhadap pengeluar cip tersebut.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.