Carian
Crowdstrike : KTM Memaklumkan Beberapa Perkhidmatan Mereka Mengalami Gangguan
July 19, 2024 Aman

KTM Berhad kini memaklumkan yang mana sistem tiket KITS dan juga semua saluran aduan Pusat Khidmat Pelanggan KTMB sedang mengalami gangguan teknikal disebabkan oleh masalah Crowdstrike melibatkan Microsoft Windows. KTMB memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Bagi yang tidak mengetahui akan masalah Crowdstrike, ia dilihat kemaskini terbaru Crowdstrike membuatkan komputer yang menjalankan sistem operasi Windows tergendala dan memaparkan skrin BSOD. Ini sekaligus menganggu aktiviti harian dan operasi syarikat berkenaan. Produk Crowdstrike digunakan pelbagai syarikat dalam usaha untuk menangani serangan siber, perisian hasad, dan sebagainya.

Masalah ini melibatkan pada peringkat global, membuatkan pelbagai syarikat tergendala aktiviti dan operasi mereka. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapa lamakah akan diambil untuk mengatasi masalah ini.

Komen