Pembangunan Sukan Dron Mula Diberikan Perhatian Di Malaysia
Aman
Futurise kini mengumumkan kerjasama dengan MSAF (Malaysian Sports Aviation Federation), dimana kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam membangunkan garis panduan dan juga manual untuk sukan dron di Malaysia. Kerjasama ini juga turut akan memfokuskan dalam pembangunan piawaian keselamatan dan prestasi yang baik untuk sukan tersebut, termasuk lapangan ujian untuknya.

Futurise dijangka akan memfokuskan kepada pembentukkan ekosistem berkaitan dengan sukan dron ini, sementara MSAF pula akan turut bekerjasama dengan CAAM (Civil Authoriy of Malaysia) dalam membentuk garis panduan untuk sukan berkenaan.
Ini sekaligus dijangka akan membolehkan sukan dron berkembang dengan baik di Malaysia.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan langkah seterusnya dalam arena sukan dron di Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.