OnePlus Nord CE 4 Lite 5G Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,399
Rihhadatul Aisy
OnePlus hari ini secara rasminya telah melancarkan sebuah lagi model terbaru iaitu OnePlus Nord CE 4 Lite dengan penawaran dan kemaskini yang lebih baik. Model ini merupakan sebuah peranti kelas pertengahan dengan ia dilengkapi dengan cip Snapdragon 695.
Ia turut hadir dengan skrin 6.67” AMOLED bersama kadar segar semula 120Hz, dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM, storan 256GB UFS 2.2 dan bateri 5500 mAh yang menyokong pengecasan pantas SUPERVOOC 80W.

Kamera utama pula terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan OIS dan 2MP kamera depth-assist. Di hadapan pula kamera swafoto hadir dengan lensa 16MP yang diletakkan pada lubang skrin. OnePlus Nord CE 4 juga melepasi piawaian kalis air serta debu IP54. Sistem operasi yang digunakan pula ialah OxygenOS 14 berasaskan Android 14.
OnePlus Nord CE 4 Lite 5G dijual dalam pilihan warna Super Silver dan Mega Blue pada harga RM1399 di Lazada dan Shopee.