Cip MediaTek Akan Datang Dijangka Lebih Berkuasa Daripada Snapdragon 8s Gen 3
Amy Maizuraa
Satu lagi cip pemprosesan generasi baharu MediaTek dipercayai tertiris lebih awal. Menurut beberapa sumber menyatakan bahawa cip pemprosesan tersebut mungkin dikenali sebagai Dimensity 8400 dan boleh diklasifikasikan dalam segmen kelas pertengahan.

Ia kemudiannya dijangka lebih berkuasa berbanding cip Snapdragon 8s Gen 3 dengan kutipan markah diantara 1.7 hingga 1.8 juta melalui ujian pananda aras AnTuTu. Laporan yang sama turut menyatakan bahawa mana-mana peranti yang dijana dengan cip tersebut kelak boleh dipasarkan dalam julat harga yang berpatutan. Sekiranya benar seperti yang dinyatakan maka lebih banyak peranti berkuasa dengan harga mampu milik mampu dihasilkan oleh pengeluar pada masa akan datang. Jangkaan awal mendapati Xiaomi/Redmi boleh menjadi salah satu pengeluar terawal yang menggunakannya.
[sumber] Gizmochina [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.