Samsung Dianugerahkan Paten Skrin Telefon Berputar Seakan LG Wing
Fahim Zahar
Antara telefon pintar yang unik dan menjadi kegemaran saya adalah LG Wing. Ia adalah telefon pintar yang nampak macam biasa, tetapi apabila skrin utama diputarkan satu lagi skrin petak kecil akan terdedah. Saya sempat menggunakan peranti ini untuk seketika dan walaupun spesifikasi seakan telefon kelas pertengahan ia tetap memberi pengalaman penggunaan seakan peranti mercu.

Terbaru, Samsung didapati telah dianugerahkan paten melalui laman WIPO yang mereka mereka turut mempunyai idea seakan LG Wing. Menariknya, selepas skrin utama diputarkan bukan sahaja skrin kecil akan terdedah tetapi skrin utama tadi turut mempunyai engsel untuk ubah kedudukan skrin seakan laptop atau telefon lipat. Paten turut memperlihatkan beberapa mod penggunaan yang tidak jelas untuk apa.

Mengenali Samsung, banyak ciri pasti untuk produktiviti dan kerja-kerja kreatif lagi-lagi dengan AI. Selain itu, ciri multi-tugasan yang lebih efisien dan gaming yang imersif turut mungkin boleh dinikmati. Buat masa ini masih tidak pasti jika paten ini akan dijadikan realiti sebagai sebuah peranti Galaxy atau peranti siri baharu. Boleh jadi, paten ini akan terkubur selama-lamanya. Apa pendapat anda dengan peratni sebegini rupa?
[sumber] MySmartPrice [/sumber]