Shopee kini memaklumkan para penjual, menyatakan berkuat-kuasa 1 Ogos 2024, bayaran yuran transaksi pada platform Shopee akan ditingkatkan kepada 3.5% tanpa SST, atau 3.78% dengan SST.
Pada hari ini, bayaran yuran transaksi yang dikenakan oleh Shopee kepada para penjual adalah 2.0% (atau 2.12% dengan SST) terhadap bayaran akhir yang dilakukan oleh pembeli. Kebiasaannya, Shopee akan melakukan penolakkan dalam bayaran kepada penjual selepas sesuatu pembelian selesai. Kadar ini akan melalui perubahan berkuat-kuasa 1 Ogos 2024, kepada 3.78%.

Melalui halaman bantuan, Shopee menyatakan semua penjual di Shopee dan juga Shopee Mall dikenakan dengan bayaran transaksi, dalam usaha untuk menampung yuran platform pembayaran untuk semua transaksi pada platform berkenaan.
Bagi para penjual di Shopee, anda boleh menyemak bayaran transaksi yang dikenakan untuk setiap jualan berjaya melalui laman Shopee Seller Centre > My Income > My Tax Invoices.