Carian
Aplikasi Selangkah Menambah Fungsi “BINGKAS Wallet” Untuk Keluarga Berpendapatan Rendah Di Selangor
July 22, 2024 Aman

Kerajaan Selangor sedia memperkenalkan program BINGKAS sebelum ini, iaitu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor. Melaluinya, ia ditujukan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dalam menguruskan keperluan harian, terutamanya dalam meringankan bebanan ekonomi. Bantuan BINGKAS diberikan berjumlah RM300 setiap bulan untuk setiap keluarga penerima, membantu dalam membeli bekalan makanan, menampung kos pendidikan, dan juga pengangkutan.

Lanjutan daripada pengenalan BINGKAS, kini BINGKAS Wallet turut diintegrasikan terus dalam aplikasi Selangkah. Ini sekaligus memudahkan para penerima BINGKAS untuk menguruskan pelbagai perkara berkenaan bantuan ini dalam satu aplikasi – termasuk menggunakannya untuk tujuan transaksi.

Melalui ciri BINGKAS pada Selangkah, penerima boleh menggunakan dan membelanjakan dana terus menggunakannya – disamping turut melihat baki. Dana berkenaan juga turut boleh dibelanjakan di rangkaian kedai seperti 99 Speedmart, KK Mart, Mydin dan juga Pusat Pakaian Hari-Hari.

Bagi penerima BINGKAS, boleh memuat-turun aplikasi Selangkah, dan seterusnya mengaktifkan ciri Selangkah Wallet pada aplikasi berkenaan.

Komen