Carian
RedMagic 9S Pro Berharga Bermula RM3699 Di Malaysia – Tawar Diskaun RM500 Pada Jualan Awal
July 22, 2024 Aman

Beberapa telefon pintar RedMagic sedia ditawarkan untuk pasaran tempatan. Terbaru, pengedar tempatannya telah mengumumkan bakal menawarkan telefon pintar terbaru mereka, RedMagic 9S Pro untuk pasaran tempatan bermula minggu ini.

Telefon ini yang dioptimasikan untuk permua, turut hadir dengan sejumlah ciri-ciri menarik serta spesifikasi tinggi. Telefon ini hadir dengan skrin 6.8-inci AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, dan kecerahan mencapai 1600-nits. Melengkapkan telefon pintar ini adalah cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3 Leading Version – dan dipasarkan sebagai telefon pintar pertama di Malaysia dengan cip berkenaan. Cip ini menawarkan kelajuan CPU sehingga 3.4HGhz, selain GPU sehingga 1Ghz.

RedMagic juga menyertakan sebuah cip pemprosesan khusus dinamakan Red Core R2 Pro dengan tujuan memberikan pengalaman yang lebih baik ketika bermain permua – termasuk dari segi getaran, kesan audio, kesan pencahayaan dan sebagainya. Disamping itu, sistem penyejukkan khusus disertakan yang dikatakan mampu melakukan penyejukkan sehingga 19.5 darjah Celcius.

Telefon ini turut hadir dengan sokongan rangkaian 5G, dan bateri berkapasiti 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Pada bahagian belakang, dwi-kamera 50MP disertakan dengan sokongan OIS.

Di Malaysia, dua variasi ditawarkan, iaitu versi 12GB RAM dan 256GB storan pada harga RM3699, selain 16GB RAM dan 512GB storan pada harga RM3999. Pengguna boleh mendapatkan diskaun RM500 ketika pembelian awal bermula 25 Julai 2024 ini, sekaligus membolehkan membeli telefon pintar ini pada harga bermula RM3199.

Komen