Intel Akui Terdapat Isu Pada Cip Gen 13 dan Gen 14 Keluaran Mereka
Effi Saharudin
Intel akhirnya mengakui terdapat isu ketidakstabilan pada cip generasi 13 dan generasi 14 keluaran mereka. Isu mula dilaporkan pada tahun 2022 sebelum menjadi semakin kerap dilaporkan pada penghujung 2023. Ia kembali menjadi isu tular selepas beberapa pembangunan melaporkan pelayar permainan mereka yang menggunakan cip Intel lebih kerap menghadapi berbanding yang menggunakan cip AMD.

Sumber masalah didapati berpunca daripada kod mikro pada CPU yang menyebabkan ia peningkatan voltan yang lebih tinggi sehingga cip beroperasi di luar parameter yang selamat. Intel akan memberikan kemas kini perisian pada pertengahan Ogos bagi menyelesaikan isu ini. Ia akan diberikan menerusi kemas kini BIOS oleh pengeluar papan induk dan juga Windows.
Cip yang mengalami ini isu akan mengalami kerosakan kekal. Oleh itu jika anda sudahpun mengalami masalah PC kerap gagal beroperasi, Intel menyarankan anda melakukan pertukaran dengan ia termasuk dalam jaminan RMA. Kemas kini pada Ogos depan hanya akan memastikan isu ini tidak berlaku pada PC dengan cip Intel generasi 13 dan generasi 14 di masa hadapan.