Google Chrome Akan Memberi Amaran Jika Ada Tab Terbuka Yang Mengurangkan Prestasi
Fahim Zahar
Hari ini telah kami melaporkan berita yang sangat mengecewakan bagi pengguna pelayar web popular, Google Chrome. Rancangan Google untuk menamatkan sokongan kuki pihak ketiga pada pelayar web Google Chrome bagi meningkatkan privasi pengguna kini ditangguh lagi. Walaupun begitu, pada masa yang sama Google masih sempat memperkenalkan ciri baharu yang sangat bermanfaat.

Apabila pengguna membuka banyak tab pada Chrome, biasanya penggunaan memori dan CPU akan meningkat. Ini adalah perkara yang sudah dikenalpasti oleh ramai orang. Ciri baharu ini akan memberi amaran kepada pengguna tab mana yang mengurangkan prestasi pelayar web dan yang telah menggunakan kuasa CPU secara berlebihan.
Google turut menyertakan butang Fix now untuk membaiki masalah dan memulihkan semula prestasi Chrome. Buat masa ini ciri ini masih lagi dalam ujian. Ia hanya boleh diuji pada Chrome Canary melalui chrome://flags > aktifkan #performance-intervention-ui dan #performance-intervention-demo-mode > mula semula Chrome > Pergi ke Settings-Performance-General dan pastikan Performance Issue Alert diaktifkan > Kemudian pergi ke chrome://discards dan pilih Trigger performance CPU intervention.
[sumber] Windows Report [/sumber]