Xiaomi MIX Flip Mungkin Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Global
Fahim Zahar
Xiaomi MIX Flip adalah sebuah telefon katup yang sangat menarik kerana skrin luar gergasi dengan bezel nipis, kamera 50MP dengan sensor telefoto, menjalankan HyperOS dengan AI generatif, dijana Snapdragpon 8 Gen 3 dan turut mempunyai kit kamera khas. Peranti buat masa ini hanya dijual di China sahaja tetapi ada laporan memberi petanda ia mungkin akan dilancarkan ke peringkat global.

Perkara ini diperoleh daripada Notebookcheck, kerana menyedari Xiaomi Hong Kong telah menjual MIX Flip dan terdapat pengedar menawarkannya di pasaran Eropah. Bagi yang tidak tahu, biasanya jika ada peranti keluaran China dijual di Hong Kong – set global adalah berasaskan set negara sana. MIX Flip turut dijangka akan dilancarkan di pasaran Asia Tenggara dengan satu variasi iaitu 12/512 GB dengan dua pilihan warna sama ada ros atau hitam.
Sumber turut menyatakan harga jualan MIX Flip di pasaran global mungkin adalah sekitar RM500 lebih murah berbanding Samsung Galaxy Z Flip6. Jika Z Flip6 bermula RM4,999, MIX Flip mungkin akan dijual pada harga sekitar RM4,499. Sumber kami turut ada memberitahu yang pembangun sedang membangunkan aplikasi TikTok dan Spotify khusus untuk skrin luar MIX Flip. Sama-sama kita nantikan.
[sumber] Notebookcheck [/sumber]