Carian
Google Photos Menambah Ciri Dokumen Pada Versi Web
July 23, 2024 Rihhadatul Aisy

Google menambah baik fungsi dan ciri pada Google Photos dalam versi web mereka dengan penambahan ciri ‘Dokumen’ yang sebelum ini sudahpun tersedia pada Android dan iOS. Meskipun ciri ini telah tersedia sejak November lalu dalam aplikasi mudah alih, baru kini Google menambah ciri berkenaan ke versi web.

Ciri ini diletakkan bersama-sama dengan ciri yang telah tersedia sebelum ini seperti Favorites, Albums, Utilities, Archives, Locked Folder dan Trash pada bahagian kiri paparan antara muka Google Photos di versi web. Terdapat beberapa kategori dokumen yang tersedia iaitu Screenshot, Books & Magazines, Event Information, Identity, Notes, Payment Menthods, Receipts, Recipes & Menus dan Social.

Penambahan ciri ini dilihat berguna dengan membolehkan gambar-gambar yang diambil dibahagikan mengikut kategori dan memudahkan pengguna untuk mencari dan menemukan semula gambar berkenaan jika perlu.

Komen