Wiz Menolak Tawaran Pengambil-Alihan Oleh Google
Aman
Wiz, sebuah firma memfokuskan sekuriti dan keselamatan siber, kini dilaporkan telah menolak tawaran Google untuk mengambil-alihnya – sebaliknya akan memfokuskan untuk menyenaraikan syarikat mereka di bursa seperti perancangan sebelumnya.
Sebelum ini, Google telah menawarkan nilai $23 bilion untuk mengambil-alih Wiz – iaitu nilai yang sangat tinggi berbanding pelbagai pembelian Google sebelum ini. Wiz dikatakan mengambil langkah untuk memfokuskan kepada IPO dalam mengelak mereka menjadi sasaran pihak berkuasa yang berkemungkinan menghalang pengambil-alihan tersebut, selain kebimbangan para pelabur.
Wiz sebelum ini telah diasaskan pada tahun 2020 lepas, dan memfokuskan kepada penawaran sekuriti dan keselamatan siber yang menjadi permintaan tinggi kebelakangan ini – apatah lagi dengan ledakan ekonomi digital.
Sehingga ke hari ini, pengambil-alihan bernilai paling tinggi oleh Google adalah Motorola, pada nilai mencapai $12.5 bilion. Sekiranya Wiz diambil-alih oleh Google, maka ia akan membuatkan pengambil-alihan paling terbesar oleh Google setakat ini – tetapi perkara berkenaan nampaknya tidak lagi akan berlaku.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.