Telegram Kini Mempunyai 950 Juta Pengguna Aktif Bulanan
Aman
Pengasas Telegram kini berkongsi menyatakan perkhidmatan permesejan berkenaan kini mempunyai sekitar 950 juta pengguna aktif bulanan. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan 50 juta pengguna aktif bulanan dalam tempoh beberapa bulan sahaja.
Perkembangan ini turut dikatakan selari dengan sasaran perkhidmatan berkenaan untuk mencapai satu bilion pengguna dalam masa terdekat.
Telegram sedia menambah sejumlah ciri-ciri baru melalui perkhidmatan mereka dalam menarik lebih ramai menggunakannya. Malah, baru-baru ini, Telegram turut menyatakan akan memperkenalkan ciri gedung aplikasi mini pada perkhidmatan permesejan berkenaan, dalam membolehkan pelbagai perkhidmatan dibangunkan terus pada perkhidmatan permesejan berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.