Pengasas Kakao Corp Ditangkap Kerana Disyaki Memanipulasi Saham Anak Syarikat
Nazrin
Kim Beom-su, pengasas salah satu syarikat teknologi terbesar di Korea Selatan, Kakao Corp telah ditangkap baru-baru ini kerana disyaki terjebak dalam insiden memanipulasi saham syarikat tersebut apabila mengambil-alih sebuah syarikat agensi artist K-pop SM Entertainment pada tahun lepas.
Menurut laporan Reuters, Kim dilaporkan telah memanipulasi saham syarikat tersebut, untuk memastikan bahawa ia tidak dibeli oleh pesaing syarikat tersebut, iaitu HYBE pada waktu tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kerana HYBE sudahpun memiliki sebanyak 12.8 peratus pegangan keatas SM Entertainment sejak awal tahun ini.

Insiden ini dijangka akan memberi isu kepada Kakao Corp, khususnya apabila syarikat tersebut sedang mengembangkan sayapnya ke pasaran global dan sedang membangunkan pelbagai jenis teknologi baru, yang khususnya memfokuskan terhadap kecerdasan buatan. Kakao Corp juga merupakan syarikat pembangun aplikasi Kakao Talk, aplikasi permesejan nombor satu di Korea Selatan yang digunakan oleh berjuta-juta pengguna untuk pelbagai jenis keperluan.
Menurut pihak penguatkuasa undang-undang Korea Selatan, Kim ditahan untuk memastikan bahawa bahan bukti tidak dipadam atau dimusnahkan, dan untuk mengelakkan insiden lari ke luar negara apabila beliau perlu dipanggil untuk memberi kenyataan.
Kim Beom-su boleh ditahan sehingga 20 hari untuk membantu dalam penyiasatan insiden manipulasi saham ini.
[sumber]Reuters[/sumber]