Carian
Teknologi Infinix 720° SphereTech NFC Diperkenalkan Untuk Meningkatkan Pengalaman NFC Lebih Baik
July 23, 2024 Amy Maizuraa

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa Near Field Communication (NFC) menjadi salah satu teknologi yang sangat dekat dengan kehidupan seharian kita. Khususnya digunakan bagi tujuan pembayaran pada transaksi digital.

Namun antara kekangan yang mungkin berlaku ialah kesukaran antena NFC peranti ditunjukkan ke arah yang betul terutamanya dalam situasi yang sesak dan kelam kabut. Sekaligus menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran dengan fungsi NFC pada peranti masing-masing.

Justeru itu teknologi Infinix 720° SphereTech NFC telah diperkenalkan dalam menangangi masalah dan kekurangan yang sedang berlaku. Inovasi ini menetapkan standard baharu bagi memastikan kestabilan dan mengurangkan kegagalan transaksi dengan ketara untuk fungsi NFC.

Ia menawarkan ciri-ciri utama menarik seperti rekabentuk yang dipertingkatkan bagi memastikan integrasi yang unggul sementara itu julat isyarat dan kestabilan lebih baik pula menjanjikan prestasi yang lancar dari mana-mana sudut. Begitu juga dengan penggunaan bahan bersesuaian yang mampu meningkatkan kekuatan isyarat dan kecekapan sambungan untuk prestasi keseluruhan lebih baik. Ia dibangunkan sendiri oleh Infinix dengan peningkatan jumlah kawasan bacaan kad sebanyak 200% lebih besar.

Dalam pada itu ia juga boleh menjadi yang terawal menyokong baacan kad dari tiga sisi peranti mudah alih yang termasuk bahagian hadapan, atas dan belakang. Sekaligus mencapai peningkatan julat isyarat lebih besar berbanding teknologi NFC 360° sedia ada yang boleh membaca kad dari bahagian belakang sahaja. Terdapat juga ciri keselamatan dengan keupayaan untuk mematikan fungsi NFC dari jauh pada peranti yang hilang sekaligus mampu melindungi maklumat peribadi pengguna dengan lebih baik.

Komen