Carian
Meta AI Perkenal “Imagine Yourself” – Jana Lagak Aksi Baharu Pada Gambar Sendiri Dengan AI
July 24, 2024 Fahim Zahar

Meta AI telah dikemaskini untuk menjadi lebih berkuasa dengan model Llama 3.1 yang diyakini lebih hebat berbanding GPT-4o. Meta ingin pembantu AI mereka menjadi yang paling digunakan ramai menjelang hujung tahun 2024. Salah satu ciri menarik yang turut diperkenalkan adalah Imagine Yourself.

Imagine Yourself adalah ciri seakan Xiaomi AI Portrait dan Samsung Galaxy AI Portait Studio, di mana gambar asal pengguna boleh diubah menjadi gambar baharu. Misalnya tukar lagak aksi (pose) dari berdiri tegak ke berbasikal, mungkin dari duduk menjadi sedang melukis dan banyak lagi. Ciri ini masih lagi dalam peringkat Beta dan boleh digunakan dengan menaip Imagine me … pada Messenger, WhatsApp dan platform lain dengan Meta AI.

Meta tidak mendedahkan sumber data untuk model yang dilatih pada Imagine Yourself, tetapi pernah memberitahu yang semua perkongsian di platform mereka yang ditetapkan sebagai umum, mungkin digunakan. Ketika artikel ini ditulis, Meta AI masih belum boleh digunakan di Malaysia.

Komen