Maybank Mengatakan Sistem Dan Data Pelanggan Mereka Dilindungi Sepenuhnya
Amy Maizuraa
Semalam muncul laporkan yang mendakwa 22 juta data pelanggan Maybank telah dijual melalui pasaran web gelap. Antara yang didakwa tertiris ialah nama, tarikh lahir, nombor telefon, alamat, kata laluan dan maklumat yang melibatkan hampir keseluruhan data peribadi pengguna sudah didedahkan.

Maybank hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan mereka menyedari akan dakwaan data mereka tertiris tetapi mengesyorkan kepada pelanggan maklumat dan semua sistem mereka kekal dilindungi sepenuhnya. Namun begitu, pihak Maybank memandang serius isu berkenaan dan sentiasa mengutamakan keselamatan pelanggan bawah kelolaannya. Pelbagai langkah keselamatan dan pelindungan yang telah dilaksanakan juga diyakini mampu mengukuhkan lagi pelindungan data pelanggan sepenuhnya.

Dalam pada itu orang ramai turut dinasihati supaya tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi. Di samping sentiasa peka dan membuat semakan terlebih dahulu di laman web rasmi sebelum melakukan sebarang transaksi bagi mengelakkan sesuatu tidak diingini berlaku.
Insiden semalam ialah insiden ketirisan data kedua melibatkan data syarikat Malaysia yang dijual menerusi BreachForum. Minggu lalu data yang didakwa milik 4 juta pelanggan U Mobile telah dijual. Tetapi ia kemudian didapati adalah sekadar data lama yang telahpun dijual sebelum ini apabila pangkalan data syarikat telekomunikasi utama Malaysia berjaya dicuri oleh penggdiam.