Apple Maps Kini Boleh Digunakan Di Laman Web
Effi Saharudin
Apple Maps kini akhirnya boleh diakses menerusi laman web hari ini. Menurut Apple, sistem pemetaan mereka untuk pelayar web masih di peringkat Beta terbuka dan boleh diakses oleh semua pengguna. Apple Maps versi web boleh diakses menerusi pelayar web utama seperti Safari, Chrome, dan Edge di PC. Pada iPad dan Mac pula ia disokong pada pelayar web Safari dan Chrome.

Menerusi Apple Maps maklumat alamat, waktu perniagaan, ulasan, dan gambar dapat dilihat. Ini sama seperti ciri yang turut ditawarkan pada Google Maps. Dalam masa beberapa bulan lagi, Apple akan memberikan pula ciri Look Around. Pada ketika ini Apple Maps versi web hanya menyokong Bahasa Inggeris. Untuk mengakses Apple Maps, sila pergi ke pautan di bawah.
[sumber] Apple Maps Web Beta [/sumber]