Anda Kelak Boleh Halang Google Play Store Guna Data Aplikasi Untuk Cadangan Kandungan
Fahim Zahar
Semua orang tidak menggemari diikuti oleh seseorang, diintip oleh orang dan banyak lagi benda-benda yang memberi perasaan seram sejuk dan tidak sedap hati. Begitu jugalah perasaan seseorang yang sangat mementingkan hak privasi data peribadi. Data kita sukar dilindungi dengan banyak aplikasi setiap hari ingin menggunakannya hanya untuk pengalaman penggunaan lebih baik. Terbaru dengan Google Play Store anda boleh kawal data dari aplikasi mana digunakan untuk cadangan kandungan anda.

Personalization in Play adalah ciri baharu terbina dalam Play Store yang membenarkan pengguna menghalang Play Store menggunakan data daripada aplikasi-aplikasi tertentu. Sama ada data kesihatan dari aplikasi penjejakan, data markah dalam permua, data filem kegemaran dalam aplikasi penstriman video dan banyak lagi. Jelas sekali penggunaan data pengguna penting untuk ciri Collections yang sangat diperibadikan, jadi ia bergantung kepada anda ingin guna ciri Cool atau ingin jaga privasi data sendiri?
[sumber] Google [/sumber]