Threads Menguji “Your Feed” Untuk Suapan Kandungan Yang Boleh Dipilih Pengguna
Fahim Zahar
Threads baru-baru ini menguji ciri Your feed pada aplikasi iOS. Ia berbeza dengan laman For you yang menggunakan algoritma untuk suapan kandungan kerana bahagian ini pengguna yang kawal sendiri kandungan apa yang ingin dipaparkan.

Pada Your feed pengguna boleh pilih sama ada ingin masukkan Following, Liked atau Saved. Your feed kemudiannya boleh diakses terus dari laman utama untuk akses pantas melihat kandungan terkini yang hanya anda mahukan. Setiap kandungan yang anda pilih dibahagikan dalam tab berbeza untuk mudah dilayari. Buat masa ini ciri ini masih lagi dalam peringkat ujian dan tidak pasti bila ia akan diberikan kepada semua pengguna.
[sumber] Threads – oncescuradu [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.