Apabila anda sambungkan peranti Android atau mana-mana peranti lain yang ada memori pada peranti Windows 11, File Explorer akan memaparkan peranti tersebut sebagai storan luaran. File Explorer turut hanya akan memaparkan peranti jika ada sambungan berwayar. Ciri baharu yang sedang diuji Microsoft dalam Windows 11 Insider akan membenarkan pengguna mengakses peranti Android pada peranti Windows secara nirwayar.

Sudah semestinya peranti Android tersebut perlu disambungkan dengan Phone Link. Selepas selesai, File Explorer akan memaparkan nama peranti dan membolehkan pengguna mengakses fail-fail di dalam peranti Android dengan mudah. Pengguna turut boleh menguruskan peranti dan menyegarkan semula storan agar sebarang perubahan dilakukan dapat memaparkan status terkini. Untuk menggunakannya anda perlu;
- Peranti Android 11 dan ke atas.
- Menjalankan aplikasi Link to Windows beta versi 1.24071 ke atas.
- Peranti Windows 11 anda berdaftar dalam mana-mana 4 program Insider Channels.