iCloud Private Relay Mengalami Masalah, Sambungan Mungkin Perlahan Atau Terputus
Fahim Zahar
Apple iCloud Private Relay adalah perkhidmatan digital sekuriti dan keselamatan dengan menyembunyikan alamat IP sebenar pengguna dengan digantikan dengan pelayan oleh Apple yang menjana alamat IP baharu bersifat sementara. iCloud Private Relay atau geganti peribadi iCloud hari ini mengalami masalah sambungan.

Menurut laman System Status oleh Apple, perkhidmatan geganti peribadi ini bermasalah sejak 2.34 pagi tadi. Semua perkhidmatan mungkin akan menjadi perlahan atau sambungan mungkin terus terputus. Dalam semakan saya, beberapa laman web jika dibuka dengan Safar terasa lebih perlahan sementara dengan pelayar web lain adalah sedikit lebih laju. Ini bermakna perkhidmatan tergendala ini tidak memberi kesan kepada semua aplikasi dan laman web.
iCloud Private Relay adalah ciri yang anda terima dengan setiap langganan iCloud+. Bayangkan ia adalah VPN oleh Apple yang memfokuskan kepada menyembunyikan alamat IP sebenar anda dan menggantikannya dengan yang sementara untuk privasi dan keselamatan.
[sumber] Apple System Status [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.