Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kini berkongsi menyatakan sebuah pasukan khas sedang meneliti secara keseluruhan berkenaan dengan Kanun Keseksaan (Akta 574), sebelum membuat pindaan dalam usaha untuk membanteras gejala buli siber. Perundangan baharu ini dijangka dibentangkan di Parlimen pada persidangan bulan Oktober 2024 ini.
Untuk tujuan ini, sesi libat urus bersama Kementerian Digital, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi akan diadakan dalam melihat takrifan buli siber – yang masih belum ada dalam perundangan negara buat masa ini.
Hal ini juga akan mengambil kira definisi dan sebagainya, memandangkan terdapat dakwaan mengatakan kebebasan untuk mengatakan apa-apa, dan menyatakan dalam buli siber tiada sentuhan secara fizikal. Ini juga sekaligus membawa kepada beberapa kesalahan, termasuk seperti doxxing yang mendedahkan maklumat peribadi seseorang secara awam, disamping mewujudkan kebencian dan sebagainya.
Bergerak ke hadapan, kita akan dapat melihat takrifan kepada terma “buli siber”, sekaligus membolehkan perbuatan buli siber diklasifikasikan sebagai suatu kesalahan di Malaysia secara spesifik.