Grab Malaysia hari ini mengumumkan sokongan tajaan untuk kontinjen kebangsaan yang kini sedang bertanding di Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024. Melalui tajaan yang diumumkan, Grab akan menawarkan ganjaran berbentuk mata ganjaran GrabRewards, selain juga penawaran percuma untuk GrabFood.

Grab menyatakan setiap pemenang pingat pada acara Sukan Olimpik dan Paralimpik akan menerima sehingga 1 juta mata ganjaran GrabRewards, selain juga makanan percuma setahun melalui GrabFood.
Semua pemenang pingat akan diberikan tempahan makanan percuma setahun melalui GrabFood (yang akan ditetapkan had nilai setahun), sementara mata ganjaran GrabRewards pula mengikut pingat yang dimenangi – dimana pemenang pingat emas menerima 1 juta mata ganjaran, diikuti 500,000 mata ganjaran untuk pemenang pingat perak, dan 250,000 mata ganjaran untuk pemenang pingat gangsa.
Disamping itu, semua peserta yang bersaing pada acara kejohanan ini akan menerima 50,000 mata ganjaran Grab Rewards, dan semua jurulatih dan pegawai yang terlibat di Sukan Olimpik Paris ini akan menerima kupon GrabFood RM100 – melibatkan sekitar 110 orang.